KENYATAAN AKHBAR Y.A.D DATO’ SETIA HJ MOHAMAD ADZIB B. MOHD ISA PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR BERKENAAN HAL EHWAL ZAKAT NEGERI SELANGOR DI BILIK MESYUARAT AL-MUKARRAMAH, MAIS SHAH ALAM PADA 17 JULAI



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
TERIMA KASIH KEPADA WAKIL-WAKIL MEDIA YANG HADIR PADA HARI INI TERLEBIH DAHULU INGIN SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK YANG AKAN TIBA BEBERAPA HARI LAGI, INSYA ALLAH.

SEHUBUNGAN ITU JUGA, SAYA INGIN MEMAKLUMKAN BEBERAPA PERKARA PENTING BERKAITAN BULAN RAMADAN INI UNTUK DIJADIKAN PANDUAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI NEGERI SELANGOR, IAITU:

1. KADAR ZAKAT FITRAH
UNTUK MAKLUMAN, DYMM SULTAN SELANGOR TELAH BERKENAN IAITU KADAR ZAKAT FITRAHDI NEGERI SELANGOR BAGI RAMADAN TAHUN 2012 BERSAMAAN 1433 HIJRAH DITETAPKAN SEBANYAK RM7.00 SEKEPALA, SAMA SEPERTI TAHUN SEBELUMNYA (2011). DIJANGKAKAN PADA TAHUN INI SEBANYAK RM18 JUTA ZAKAT FITRAH AKAN DIKUTIP DARIPADA KIRA-KIRA 2.6 JUTA UMAT ISLAM DI NEGERI SELANGOR.

SEHUBUNGAN ITU, BAGI MEMUDAHKAN ORANG RAMAI UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DI SELANGOR, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) MELALUI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) TELAH MELANTIK SERAMAI 2,500 ORANG KETUA DAN PENOLONG AMIL FITRAH DI SELURUH SELANGOR. ORANG RAMAI, DINASIHATKAN AGAR MEMBAYAR ZAKAT FITRAH HANYA KEPADA AMIL YANG DILANTIK OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR YANG DIBEKALKAN DENGAN KAD TAULIAH.

BEBERAPA KAUNTER SEMENTARA JUGA AKAN DIBUKA DI PUSAT-PUSAT MEMBELI BELAH TERPILIH SEPERTI DI CENTREPOINT, KLANG; GIANT, SHAH ALAM; KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM; SACC MALL DAN PLAZA MASALAM SERTA JAYA JUSCO, BUKIT RAJA DAN BUKIT TINGGI KLANG.

2. KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT DI BULAN RAMADAN

SEPANJANG BULAN RAMADAN INI, LZS AKAN MEMBUKA 24 KAUNTER ZAKAT DI SELURUH SELANGOR SELAMA TUJUH HARI SEMINGGU TERMASUK PADA CUTI UMUM. WAKTU URUSAN KAUNTER PADA HARI BEKERJA BERMULA DARI PUKUL 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG.

MANAKALA PADA HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM KAUNTER AKAN DIBUKA BERMULA PUKUL 9.00 PAGI SEHINGGA 3.00 PETANG. INI BAGI MEMUDAHKAN ORANG RAMAI MENUNAIKAN ZAKAT HARTA DAN ZAKAT FITRAH, WALAUPUN PADA HARI CUTI.

3. AGIHAN RAMADAN DAN HARI RAYA UNTUK GOLONGAN FAKIR DAN MISKIN

SEPERTI TAHUN-TAHUN YANG LALU, MAIS MELALUI LZS TELAH MEMPERUNTUKKAN SEBAHAGIAN DANA ZAKAT UNTUK DIAGIHKAN KEPADA GOLONGAN FAKIR DAN MISKIN DI SELANGOR MENJELANG RAMADAN DAN HARI RAYA. AGIHAN UNTUK PERSIAPAN RAMADAN DAN HARI RAYA TELAH BERMULA PADA 3 JULAI YANG LALU SEHINGGA 19 JULAI INI MELIBATKAN 43 PROGRAM AGIHAN DI SELURUH SELANGOR. PENGAGIHAN BANTUAN INI DILAKSANAKAN LEBIH AWAL BAGI MEMBOLEHKAN PENERIMA ZAKAT MEMBUAT PERSIAPAN RAMADAN DENGAN LEBIH SEMPURNA DI SAMPING DAPAT MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA MELAKSANAKAN IBADAH DI BULAN RAMADAN.

PADA TAHUN INI, SEBANYAK RM17,527,450.00 (JUTA) TELAH DIPERUNTUKKAN UNTUK DIAGIHKAN KEPADA 22,923 KELUARGA FAKIR DAN MISKIN DI SELANGOR MELIBATKAN 6,859 KELUARGA FAKIR DAN 16,064 KELUARGA MISKIN.

DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, SEBANYAK RM12,219,550.00 (JUTA) DIAGIHKAN KEPADA GOLONGAN MISKIN, MANAKALA RM5,307,900.00 (JUTA) DIAGIHKAN KEPADA GOLONGAN FAKIR DENGAN MASING¬MASING MENERIMA DI ANTARA RM550 HINGGA RM1,000 SETIAP KELUARGA DALAM BENTUK WANG TUNAI BERGANTUNG KEPADA JUMLAH TANGGUNGAN.

DAERAH PETALING MENCATATKAN BILANGAN PALING RAMAI MENERIMA BANTUAN IAITU KIRA-KIRA 4,000 KELUARGA DENGAN NILAI BANTUAN SEBANYAK RM3,091,400.00 (JUTA). INI DIIKUTI DAERAH HULU LANGAT SERAMAI 3,946 KELUARGA (RM2,966,750), SABAK BERNAM SERAMAI 3,050 KELUARGA (RM2,141,500), KLANG SERAMAI 2,692 KELUARGA (RM2,081,400), KUALA SELANGOR SERAMAI 2,622 KELUARGA (RM1,885,750), HULU SELANGOR SERAMAI 2,140 KELUARGA (RM1,622,250.00) KUALA LANGAT SERAMAI 1,996 KELUARGA (RM1,500,550.00), GOMBAK SERAMAI 1,752 KELUARGA (RM1,331,100) DAN SEPANG SERAMAI 725 KELUARGA (RM906,750).

4. BENTUK AGIHAN

BANTUAN YANG DIBERIKAN INI ADALAH BERUPA WANG TUNAI DENGAN MASING-MASING MENERIMA DI ANTARA RM600 SEHINGGA RM1,000 BAGI SATU KELUARGA ASNAF FAKIR MENGIKUT TANGGUNGAN.

5. PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA OLEH DYMM SULTAN SELANGOR KEPADA FAKIR, MISKIN, SAUDARA KITA DAN ANAK YATIM

MANAKALA BAGI ASNAF MISKIN PULA MENERIMA WANG TUNAI ANTARA RM550 SEHINGGA RM1,000 BAGI SATU KELUARGA MENGIKUT TANGGUNGAN.

BERSEMPENA BULAN RAMADAN YANG MULIA INI, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR TELAH BERKENAN MENCEMAR DULI UNTUK BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA RAKYAT SERTA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA GOLONGAN FAKIR, MISKIN, SAUDARA KITA (MUALLAF) SERTA ANAK-ANAK YATIM. BAGINDA AKAN BERANGKAT HADIR KE 12 BUAH MASJID DI SELURUH SELANGOR BAGI BERBUKA PUASA SERTA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIKH BERSAMA-SAMA RAKYAT JELATA.

SERAMAI 4,800 ORANG TERDIRI DARIPADA ASNAF FAKIR, MISKIN, SAUDARA KITA DAN ANAK YATIM AKAN MENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA DARIPADA DYMM SULTAN SELANGOR DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM1.56 JUTA.

6. PRESTASI KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT BAGI ENAM BULAN PERTAMA TAHUN 2012

SUKACITA JUGA DIMAKLUMKAN BAHAWA, SEPANJANG ENAM BULAN PERTAMA TAHUN INI (2012), LZS TELAH MENGUTIP ZAKAT HARTA SEBANYAK RM146.9 JUTA BERBANDING TEMPOH YANG SAMA TAHUN SEBELUMNYA (2011) IAITU 127.7 JUTA DENGAN JUMLAH PENINGKATAN SEBANYAK RM19.3 JUTA ATAU 15 PERATUS LEBIH TINGGI.

BEGITU JUGA DENGAN BILANGAN PEMBAYAR ZAKAT YANG MENINGKAT SEBANYAK 10 PERATUS ATAU 13,625 ORANG DARIPADA 133,855 ORANG PADA JANUARI HINGGA JUN 2011 KEPADA 147,480 ORANG DALAM TEMPOH YANG SAMA TAHUN 2012.

MANAKALA BAGI AGIHAN ZAKAT PULA, LZS TELAH MENGAGIHKAN BANTUAN ZAKAT BERJUMLAH RM189.7 JUTA KEPADA ASNAF ZAKAT SEPANJANG ENAM BULAN PERTAMA TAHUN INI (2012) BERBANDING RM155.7 JUTA DALAM TEMPOH YANG SAMA TAHUN LEPAS (2011), YAKNI PENINGKATAN SEBANYAK 22 PERATUS.

7. OPERASI SKUAD JEJAK KEMISKINAN
PADA TAHUN 2012 INI, LZS SEKALI LAGI TELAH MELAKSANAKAN OPERASI PENCARIAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN BANTUAN DIKENALI SEBAGAI SKUAD JEJAK KEMISKINAN (SJK). OPERASI YANG BERSIFAT CARI, SIASAT DAN BANTU INI BERTUJUAN BAGI MENGENALPASTI INDIVIDU ATAU KELUARGA YANG MEMERLUKAN BANTUAN DAN AKAN DISENARAIKAN SEBAGAI ASNAF FAKIR ATAU MISKIN.

PADA OPERASI KALI INI, DARIPADA 2,392 KELUARGA YANG TELAH DIBANCI DI LAPAN DAERAH DI SELANGOR, SERAMAI 932 KELUARGA LAYAK MENERIMA BANTUAN ZAKAT IAITU 777 KELUARGA DI BAWAH ASNAF MISKIN, MANAKALA 155 KELUARGA DI BAWAH ASNAF FAKIR.

PADA TAHUN 2011, LZS TELAH MENGENAL PASTI 533 KELUARGA YANG LAYAK DIBANTU DI BAWAH ASNAF MISKIN IAITU DI DAERAH PETALING.

AKHIR KATA, SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENYERU KEPADA UMAT ISLAM SUPAYA MENGAMBIL PELUANG DI BULAN RAMADAN INI UNTUK MENINGKATKAN AMALAN TERUTAMANYA DALAM

SEKIAN. TERIMA KASIH.