KENYATAAN AKHBAR Y.A.D DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB MOHD ISA PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) MENGENAI PENCAPAIAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT 2012 PADA 22 JANUARI 2013 BERSAMAAN 10 RABIUL AWAL



• ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

• TERIMA KASIH KEPADA WAKIL-WAKIL MEDIA YANG HADIR PADA HARI INI.

• SUKACITA SAYA INGIN MEMAKLUMKAN BEBERAPA PERKARA MENGENAI PENCAPAIAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2012.

1. KUTIPAN ZAKAT (HARTA DAN FITRAH)

ALHAMDULILLAH BAGI TAHUN 2012, JUMLAH KUTIPAN ZAKAT DI SELANGOR TELAH MELEBIHI SASARAN, DENGAN JUMLAH KUTIPAN SEBANYAK RM451 JUTA BERBANDING RM394.1 JUTA DALAM TEMPOH YANG SAMA PADA TAHUN SEBELUMNYA (2011). PADA TAHUN LEPAS (2011), LZS MENSASARKAN KUTIPAN ZAKAT SEBANYAK RM430 JUTA.

JUMLAH INI MELEBIHI SEBANYAK 14 PERATUS, DENGAN PERBEZAAN SEBANYAK RM56.9 JUTA. DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, SEBANYAK RM432.2 JUTA DIKUTIP DARIPADA ZAKAT HARTA, MANAKALA RM18.8 JUTA DARIPADA ZAKAT FITRAH.

2. ZAKAT HARTA

PADA TAHUN LEPAS (2012), KUTIPAN ZAKAT HARTA DI SELANGOR MENINGKAT SEBANYAK 15 PERATUS DARIPADA KUTIPAN PADA TAHUN SEBELUMNYA (2011). DI MANA PADA TAHUN 2012, LZS MENGUTIP ZAKAT HARTA SEBANYAK RM432.2 JUTA, BERBANDING RM376.1 JUTA PADA TAHUN 2011.

PECAHAN KUTIPAN ZAKAT HARTA MENGIKUT JENIS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. ZAKAT PENDAPATAN RM260.5 JUTA (RM260,456,285)
2. ZAKAT PERNIAGAAN RM85 JUTA (RM84,978,375)
3. ZAKAT SIMPANAN RM30.5 JUTA (RM30,483,255)
4. ZAKAT SAHAM RM7.8 JUTA (RM7,784,076)
5. ZAKAT KWSP RM7.8 JUTA (RM7,759,884)
6. ZAKAT EMAS DAN PERAK RM2.1 JUTA (RM2,122,444)
7. ZAKAT HARTA RM34.6 JUTA (RM34,590,490)
8. ZAKAT TANAMAN RM2.6 JUTA (RM2,594,192)
9. ZAKAT TERNAKAN RM0.03 JUTA (RM30,252)
10. QADHA ZAKAT RM1.4 JUTA (RM1,367,133)

3. JUMLAH PEMBAYAR

JUMLAH PEMBAYAR ZAKAT HARTA BAGI TAHUN LEPAS (2012), IALAH SERAMAI 210,723 ORANG (MENINGKAT 17 PERATUS) BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA (180,617 ORANG). DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, SERAMAI 44,488 ORANG MERUPAKAN PEMBAYAR BARU DI LZS.

4. ZAKAT FITRAH

BAGI TAHUN 2012, MAIS MELALUI LZS TELAH MENGUTIP ZAKAT FITRAH SEBANYAK RM18.8 JUTA BAGI TAHUN HIJRAH 1433, BERBANDING RM18.0 JUTA PADA TAHUN 2011 BAGI TAHUN HIJRAH 1432. BILANGAN UMAT ISLAM YANG MEMBAYAR ZAKAT FITRAH PADA TAHUN LEPAS (2012) IALAH SERAMAI 2.7 JUTA ORANG.

5. SASARAN KUTIPAN ZAKAT TAHUN 2013

MENGAMBIL FAKTOR KEADAAN EKONOMI YANG STABIL DAN KESEDARAN MEMBAYAR ZAKAT YANG SEMAKIN MENINGKAT, MAKA LZS MELETAKKAN SASARAN KUTIPAN ZAKAT BAGI TAHUN 2013 ADALAH SEBANYAK RM470 JUTA IAITU KENAIKAN SEBANYAK 4 PERATUS BERBANDING PENCAPAIAN KUTIPAN TAHUN LALU.

6. AGIHAN ZAKAT

PADA TAHUN 2012 YANG LALU, MAIS MELALUI LZS TELAH MENGAGIHKAN WANG ZAKAT KEPADA GOLONGAN YANG LAYAK DI SELANGOR SEBANYAK RM401.8 JUTA BERBANDING RM373.5 JUTA PADA TAHUN SEBELUMNYA (2011). JUMLAH PENGAGIHAN INI DILIHAT MENINGKAT SEBANYAK 8 PERATUS DENGAN PERBEZAAN SEBANYAK RM28.3 JUTA.

PECAHAN PENGAGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. FAKIR RM44.2 JUTA (RM44,176,080)
2. MISKIN RM95.5 JUTA (RM95,455,885)
3. AMIL RM56.4 JUTA (RM56,392,315)
4. MUALAF RM23.1 JUTA (RM23,089,248)
5. FISABILILLAH RM140.2 JUTA (RM140,237,794)
6. GHARIM RM33.8 JUTA (RM33,848,547)
7. IBNISABIL RM1.8 JUTA (RM1,783,772)
8. RIQAB RM6.8 JUTA (RM6,822,563)

BILANGAN ASNAF FAKIR YANG MENERIMA BANTUAN PADA TAHUN LEPAS (2012) IALAH SERAMAI 7,727 KELUARGA BERBANDING 7,647 KELUARGA PADA TAHUN 2011. MANAKALA BAGI ASNAF MISKIN ADALAH SERAMAI 18,342 KELUARGA BERBANDING 13,983 KELUARGA PADA TAHUN SEBELUMNYA (2011). JUMLAH KESELURUHAN FAKIR DAN MISKIN PADA TAHUN LEPAS (2012) ADALAH SERAMAI 26,069 KELUARGA.

DALAM MASA YANG SAMA, LZS TELAH MENERUSKAN PROGRAM PENCARIAN FAKIR DAN MISKIN DIKENALI SEBAGAI SKUAD JEJAK KEMISKINAN (SJK) YANG DIPERKENALKAN PADA TAHUN 2011. MELALUI SJK 2012, SERAMAI 932 KELUARGA TELAH DITEMUI DAN DIDAFTARKAN SEBAGAI ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI SELANGOR, DENGAN PELBAGAI BANTUAN ZAKAT YANG TELAH DISALURKAN KEPADA MEREKA.

PADA TAHUN 2012, SERAMAI 219 ORANG PENERIMA BANTUAN ZAKAT TELAH KELUAR DARI KATEGORI ASNAF. MEREKA INI TERDIRI DARIPADA PENERIMA BANTUAN MODAL PERNIAGAAN YANG DISEDIAKAN OLEH LZS. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PADA TAHUN INI (2013), LZS MELETAKKAN SASARAN UNTUK MENGELUARKAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN SERAMAI 200 ORANG MELALUI BANTUAN MODAL PERNIAGAAN.

7. HAL-HAL LAIN

BEBERAPA INISIATIF BARU AKAN DILAKSANAKAN OLEH LZS PADA TAHUN 2013 INI. INI TERMASUKLAH:

• KLINIK BERGERAK
LZS DENGAN KERJASAMA KUMPULAN PERUBATAN JOHOR (KPJ) AKAN MEWUJUDKAN KLINIK BERGERAK BERTUJUAN MEMBERI PERKHIDMATAN DAN RAWATAN PERCUMA KEPADA ASNAF FAKIR DAN MISKIN, TERUTAMANYA DI KAWASAN LUAR BANDAR. UNTUK TUJUAN ITU, PIHAK KPJ AKAN MENYEDIAKAN KHIDMAT KEPAKARAN, MANAKALA LZS AKAN MENYEDIAKAN FASILITI. BUAT PERMULAAN, PERKHIDMATAN INI AKAN DILAKSANAKAN DI DAERAH KUALA SELANGOR DAN HULU LANGAT.

• PUSAT JAGAAN WARGA EMAS ZAKAT SELANGOR
LZS SEDANG MEMBINA PUSAT JAGAAN WARGA EMAS ZAKAT SELANGOR YANG AKAN SIAP PADA BULAN JUN 2013 BERTEMPAT DI JALAN KEBUN, SHAH ALAM. IA DIJANGKA MEMULAKAN OPERASI PADA BULAN SEPTEMBER TAHUN INI. PUSAT JAGAAN INI AKAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN, PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN BAGI WARGA EMAS LELAKI DAN WANITA.

SEKIAN.