Panduan Potongan Gaji Pembayar

SKIM POTONGAN GAJI
Pembayaran zakat melalui potongan gaji


  Panduan Penyertaan Skim Berkat (PEMOHON)  

1. Tentukan Jumlah Potongan Zakat

Tentukan jumlah potongan zakat dengan merujuk jadual SKIM BERKAT di website LZS. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kalkulator zakat untuk menentukan jumlah bayaran zakat mereka.

2. Isi Borang Potongan Zakat

Isi borang potongan zakat yang diperolehi dari Unit Gaji syarikat masing-masing ataupun secara ONLINE. Kemudian maklumkan kepada majikan (unit gaji)

3. Semak

Anda boleh membuat semakan / cetak resit / kemaskini maklumat dan rekod pembayaran secara ONLINE dengan menggunakan Sistem eZAKAT ONLINE.


  1. Tentukan Jumlah Potongan Gaji  

Pembayar boleh melihat kepada Jadual Potongan Gaji ini untuk menentukan jumlah zakat yang dikenakan berdasarkan pendapatan bulanan.

jadualskimberkat

Anda boleh mendapatkan jadual potongan gaji yang lebih lengkap melalui pautan ini. Jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah berdasarkan pendapatan bulanan :

Jadual Lengkap Potongan Gaji Bulanan Kalkulator Zakat

  2. Isi Borang Potongan Gaji  

Borang Potongan Gaji Lembaga Zakat Selangor kini boleh diisi secara ONLINE.

Isi Borang Potongan Gaji Secara ONLINE di SINI!

Terdapat 3 salinan yang akan dihantar kepada pemohon, majikan (unit gaji) dan juga Lembaga Zakat Selangor. Sekiranya anda telah mengisi borang potongan gaji secara ONLINE pastikan menyemak dengan unit gaji bagi memastikan potongan gaji dilaksanakan.


  3. Semak, Kemakini Maklumat dan Rekod Bayaran  

Anda boleh melihat rekod bayaran, mencetak resit bayaran, kemaskini maklumat dan rekod individu menggunakan Sistem eZakat ONLINE. Hanya pembayar di Lembaga Zakat Selangor yang boleh mendaftar ke dalam sistem ini. Bagi yang telah membayar zakat di LZS anda boleh mendaftar untuk melihat rekod anda yang lepas.

SEMAK REKOD BAYARAN ZAKAT DAFTAR EZAKAT ONLINE

 Ringkasan Panduan Pemohon vs Panduan Majikan  


  Hubungi Kami  

PERHATIAN : WANG ZAKAT YANG TELAH DIBAYAR KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA.