Panduan Potongan Gaji Majikan

SKIM POTONGAN GAJI
Pembayaran zakat melalui potongan gaji


  Panduan Penyertaan Skim Berkat (MAJIKAN)  

1. Isi Borang Pendaftaran Majikan

Majikan perlu mengisi ‘Borang Pendaftaran Majikan Baru’ sekali sahaja sekiranya belum pernah membuat potongan Skim Potongan Gaji (SPG) dengan Lembaga Zakat Selangor

2. Isi Maklumat Pembayaran Zakat Kakitangan

Isi maklumat pembayaran kakitangan dengan menggunakan ‘Borang Bayaran SKIM BERKAT’ pada setiap bulan kepada Lembaga Zakat Selangor

3. Hantar Bayaran

Hantar pembayaran zakat kakitangan dengan menggunakan ‘ONLINE PAYMENT’ atau cash deposit atau cek ke Akaun Bank Muamalat LZS. Untuk mendapatkan nombor akaun Bank Muamalat email kepada hazirah@zakatselangor.com.my


  1. Isi Borang Pendaftaran Majikan  

pendaftaran

Bagi majikan yang pertama kali membuat potongan gaji pekerja kepada Lembaga Zakat Selangor, mereka perlu mengisi borang pendaftaran majikan ini sekali sahaja.

 

Majikan boleh mendapatkan borang pendaftaran di sini :

Borang Pendaftaran Majikan

  2. Isi Maklumat Pembayaran Kakitangan  

Majikan boleh mengisi maklumat pembayaran zakat kakitangan menggunakan 2 kaedah:

  • Mengisi Borang Bayaran Skim Berkat
  • Majikan perlu mengisi Borang Bayaran Skim Berkat dan menghantar kepada LZS setiap bulan. Contoh borang adalah seperti berikut :

    pendaftaranskimberkat

    Borang Bayaran Skim Berkat
  • Sistem E-Majikan
  • Sistem E-Majikan merupakan sistem ONLINE yang dibangunkan LZS untuk memudahkan majikan membuat taksiran, menyemak caruman pekerja serta menghantar maklumat bayaran pekerja kepada LZS secara ONLINE.

    Semua majikan yang membuat potongan gaji kepada LZS boleh mendaftar dan masuk ke dalam Sistem E-Majikan ini. Pada masa ini pendaftaran Sistem E-Majikan boleh dilakukan dengan email kepada :

    En Rosli bin Abdullah di mroslia@zakatselangor.com.my

    Login Sistem E-Majikan

    *Hanya majikan yang mempunyai kod majikan LZS iaitu pernah membuat caruman kepada LZS boleh login ke dalam sistem ini.


  3. Hantar Pembayaran  

Majikan boleh menghantar bayaran potongan zakat pekerja kepada Lembaga Zakat Selangor melalui ONLINE PAYMENT, Cash Deposit atau cek kepada Akaun Bank Muamalat Lembaga Zakat Selangor. Untuk mendapatkan nombor akaun Bank Mualamat LZS sila hubungi:

Puan Hazirah di talian 012-629 6791 atau email hazirah@zakatselangor.com.my


 Ringkasan Panduan Pemohon vs Panduan Majikan  


  Hubungi Kami  

PERHATIAN : WANG ZAKAT YANG TELAH DIBAYAR KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA.