Keputusan Syariah Zakat Selangor

keputusansyariah



Pengenalan

Platform ini merupakan kompilasi jawapan persoalan syariah yang telah disediakan oleh Sekretariat Dalaman Syariah, Divisyen Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan (SDS DPPK) untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak kepada Divisyen Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan.

Sekretariat ini merupakan teras utama di dalam Prosedur Pengurusan Untuk Penyelesaian Persoalan, Resolusi Syariah dan Fatwa Zakat yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Teringgi pada Februari 2017. Jawapan yang disediakan oleh Sekretariat ini adalah berpandukan kepada Ketetapan Syariah LZS (kompilasi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS) atau wujudnya dalil yang spesifik (صريح) daripada Al Quran dan As Sunnah tentang sesuatu persoalan zakat.

Mana – mana persoalan syariah yang tiada jawapannya dalam 4 sumber diatas akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS untuk mendapatkan ketetapan syarak berkaitan operasi LZS sepertimana berdasarkan kepada Manual Kuasa (Authority Manual) LZS.



PERSOALAN ZAKAT