Kaunter Express

APA ITU KAUNTER EXPRESS

Kaunter Ekspres Agihan Zakat merupakan salah satu kaedah agihan zakat yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor kepada pemohon agihan di negeri Selangor. Ia menepati salah satu prinsip agihan zakat iaitu fauran (segera).

Kaunter Express diwujudkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi meringankan beban pemohon yang memerlukan bantuan kewangan bagi keperluan asasi hidup dengan kadar segera semasa ditimpa kecemasan/kesusahan.

Pada masa ini Lembaga Zakat Selangor mempunyai 19 Kaunter Express Agihan di seluruh Negeri Selangor. LZS akan meluaskan lagi perkhidmatan Kaunter Express ini bagi membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan.


  Kelebihan Kaunter Express LZS  

Maksimum Bantuan

Kadar maksimum bantuan agihan adalah RM100.

Tempoh Kelulusan

Masa kelulusan permohonan agihan zakat adalah 45 minit hingga 2 jam.

Lokasi Kaunter Express

Terdapat 19 Kaunter Express di seluruh Negeri Selangor


Lokasi Kaunter Express LZS

Lembaga Zakat Selangor menyediakan perkhidmatan Kaunter Express di 19 lokasi seperti berikut :

  • Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Shah Alam
  • Cawangan Masjid Negeri Shah Alam
  • Cawangan Subang Jaya
  • Cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya
  • Cawangan Puchong
  • Cawangan Klang Sentral
  • Cawangan Masjid Klang
  • Cawangan Tanjong Karang
  • Cawangan Sungai Besar
  • Cawangan Kuala Kubu Baru
  • Cawangan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
  • Cawangan Selayang
  • Cawangan Taman Melawati
  • Cawangan Bandar Baru Ampang
  • Cawangan Bandar Baru Bangi
  • Cawangan Kajang
  • Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi
  • Cawangan Banting

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut syarat-syarat asas pemohon bagi mendapatkan bantuan di Kaunter Ekspres ini :

  • Pemohon perlu mengisi Borang Agihan Zakat. LZS hanya akan memproses permohonan yang mengisi borang dengan maklumat yang lengkap sahaja.
  • Pemohon mestilah menetap di Negeri Selangor kecuali bagi mereka yang dalam perjalanan yang terputus bekalan kewangan disebabkan perkara-perkara yang di luar perancangan.
  • Pemohon merupakan individu atau keluarga yang berada dalam kecemasan memerlukan keperluan asasi segera seperti seperti makan dan minum, perubatan, pendidikan, penginapan, pengangkutan.
  • Bantuan diberikan di Kaunter Ekspres Agihan Zakat adalah untuk kes pertama kali sahaja. Sekiranya berkelayakan, bantuan seterusnya akan diberi secara berkala setiap bulan atau surat jaminan bayaran akan dikeluarkan jika diperlukan.

Jenis Permohonan Kaunter Express

Jenis-jenis bantuan zakat yang boleh dimohon di Kaunter Express :

  • Bantuan perubatan (fakir, miskin, muallaf, gharim):
    • Berbentuk sumbangan bagi menampung kos rawatan hospital/klinik, termasuk pembelian ubat/makanan tambahan yang disyorkan oleh doktor, peralatan perubatan serta sokongan asas hidup. Bantuan dipohon untuk pertama kali dan bukan kes pengulangan.
    • Bagi rawatan selanjutnya, surat jaminan bayar akan dikeluarkan kepada pemohon mengikut kadar yang diperlukan.
  • Bantuan kecemasan runcit (fakir, miskin, muallaf, fisabilillah):
    • Bantuan keperluan asasi hidup semasa seperti makan/minum, pendidikan, tempat tinggal (seperti deposit rumah sewa ) pengangkutan, pakaian.
    • Bantuan yang diberi adalah untuk pertama kali sahaja yang mana bantuan seterusnya akan diberikan secara bulanan mengikut keperluan sebenar pemohon melalui cawangan LZS.
  • Bantuan keperluan pendidikan (fakir/miskin):
    • Bantuan ini bertujuan menyediakan keperluan persediaan kemasukan anak asnaf ke asrama sekolah rendah/menengah atau IPT.
    • Ia merangkumi pembelian barang keperluan peribadi, tambang pengangkutan, bayaran penginapan, pembelian buku serta perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan.
  • Bantuan musafir (Ibnu Sabil):
    • Bantuan bagi golongan yang terputus bekalan wang untuk keperluan asasi semasa dalam. Bantuan yang disediakan seperti tambang balik kampung, makan minum dan sebagainya.
  • Bantuan musibah (fisabilillah):
    • Bantuan kecemasan berbentuk pendahuluan yang diberi kepada mangsa kebakaran, banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

Bagi menangani kes-kes individu yang memohon berulang kali, LZS mengambil langkah menyiasat dan menyemak semula keseluruhan keperluan sebenar pemohon dan jika benar-benar berkelayakan, bantuan akan diberikan secara berkala setiap bulan atau surat kelulusan bantuan/jaminan bayar akan di keluarkan kepada pemohon untuk tempoh tertentu.

  Cara Memohon Bantuan  

  1. Boleh mengunjungi 19 buah Kaunter Ekspres Agihan Zakat di cawangan-cawangan LZS
  2. Pemohon perlu membawa dokumen-dokumen ini untuk membuat permohonan. Hanya permohonan yang mempunyai dokumen lengkap akan di proses:
    • Nombor Kad Pengenalan pemohon.
    • Salinan KP isteri dan tanggungan (jika ada).
    • Salinan kad nikah / surat cerai (status perkahwinan).
    • Dokumen sokongan berkaitan permohonan (contoh: kos perubatan hospital/deposit kemasukan untuk rawatan/ubat-ubatan, lain-lain dokumen bagi menyokong permohonan).
    • Slip gaji
  3. Sekiranya pemohon tidak mempunyai slip gaji, mereka perlu dapatkan pengesahan daripada penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/nazir masjid/pengerusi surau/pihak IPTA/IPTS/pegawai gred A.

  Soalan dan Pertanyaan  

Sebarang pertanyaan hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343