Zakat Pendapatan

Takrif Pendapatan (Al-Mustafad)

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Dalil Wajib Zakat

Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”


Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tunaikanlah zakat harta kamu”.
(Riwayat at-Tirmizi)

Kalimah ‘am-wa-lakum’ yang digunakan dalam hadis di atas memberi maksud umum merangkumi segala jenis harta.



Jenis-Jenis Harta Pendapatan

Ulama’ mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada kategori berikut:

Penggajian dan Upah Kerja (كَسَبُ العَمَلِ وَالرَوَاتِبِ وَالأُجُورِ )

  • Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian.Contoh :
    • Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
    • Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

Zakat Harta Kerja Bebas ( المَهَنُ الحُرَّة )

  • Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.Contoh :
    • Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
    • Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
    • Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
    • Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

Zakat Harta al-Mustaghallat (المُسْتَغَلاَّتْ )

  • Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh:
    • Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
    • Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
    • Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual




Tolakan Zakat Dan Keperluan Asasi (Had Kifayah)

Fuhaqa’ berittifaq (bersepakat) bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.

Dalil:

Firman Allah s.w.t:
“Dan mereka bertanya kepada kamu ” apakah yang mereka akan belajakan (dermakan)?
Katakanlah : Yang berlebih dari keperluan (kamu).”
Surah al-Baqarah (ayat 219)

Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Cukup seseorang itu berdosa apabila ia mengabaikan nafkah orang yang ditanggungnya”.
(Sunan Abu Daud)

Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :

  • Perlindungan
  • Makanan dan minuman
  • Pakaian
  • Perubatan
  • Pendidikan
  • Pengangkutan