Sertai Kami

Dengan komitmen disertai inovasi yang berkesinambungan, menjadi resepi bagi menjadikan LZS terus berdaya maju. Ditambah dengan semangat ‘Satu Pasukan, Satu Wawasan’ yang menjadi motto untuk menjadikan LZS terus menjadi amil yang baik. Setiap gerak kerja sentiasa diperkemaskan bagi meningkatkan tahap profesionalisme amil dalam menguruskan zakat supaya hak asnaf zakat terjamin dan terpelihara. Seterusnya dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat.

Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja sentiasa mencukupi, kami amat mengalu-alukan seseorang yang komited, berani dan berdaya saing untuk sama-sama peneraju perubahan untuk menjadikan LZS sebagai sebuah organisasi terunggul dalam meneraju kecemerlangan pengurusan zakat bertaraf dunia.

Selain menawarkan gaji dan elaun yang sesuai mengikut kelayakan, kami juga turut menyediakan kemudahan-kemudahan seperti faedah kesihatan, pakej pinjaman dan subsidi kepada mereka yang layak.

BilPerkaraTarikh Tutup
1Eksekutif Pengurusan Muzakki13 Oktober 2017
2Warden Bait Al Salam15 Oktober 2017

Sertai Kami