Permohonan Agihan Zakat

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, antaranya :

  1. Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Telah berdaftar sebagai penerima asnaf fakir / miskin LZS
  4. Bagi mereka yang belum berdaftar hendaklah mengisi borang bancian dan akan disiasat oleh amil dan pegawai agihan bagi menentukan had kifayah
  5. Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

Prosedur mengisi borang permohonan

  • Borang permohonan mestilah diisi dengan HURUF BESAR
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan.
  • Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama bagi setiap permohonan iaitu :

    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
    • Salinan surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan)
    • Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dsb<
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan permohonan (senarai dokumen mengikut jenis bantuan)

  • Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapat pengesahan daripada Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK/ Ketua Penduduk/ Nazir Masjid/ Pengerusi Surau / Amil Zakat sahaja yang akan dipertimbangkan dan didaftarkan.

DOKUMEN SOKONGAN

Bantuan Modal Fakir Miskin

  • Dokumen utama
  • Gambar untuk sokongan
  • Salinan Lesen Perniagaan (sekiranya diperlukan)
  • Salinan Lesen Perikanan (sekiranya diperlukan)
  • Dokumen perjanjian penerimaan bantuan modal (di tandatangan)
  • Dokumen sebutharga barangan keperluan perniagaan/peralatan/sewaan tapak
  • Kertas kerja ringkas Rancangan Perniagaan beserta anggaran perbelanjaan
  • Sijil keahlian persatuan nelayan tempatan yang disahkan
  • Laporan / Ulasan Pegawai Agihan Zakat Daerah

Bantuan Institusi Agama Dalam/Luar Negara

Permohonan

  • Kertas Kerja Permohonan dan Implikasi Kewangan
  • Salinan Penyata Kewangan Akaun masjid / surau / sekolah
  • Borang permohonan pembinaan / baikpulih dan peralatan institusi agama
  • Maklumat seperti ukuran keluasan, tahun dibina, jenis karpet sedia ada tahun pemasangan sebelum ini, lokasi pemasangan dan gambar berkenaan
  • Gambar Berkaitan
Tuntutan

  • Surat tuntutan dari pemohon dan kontraktor
  • Surat pengesahan pemohon (letterhead)
  • Gambar Tahap perlaksanaan (kemajuan kerja)
  • Lesen Kontraktor yang sah
  • Pengesahan Pegawai Agihan Zakat Daerah

Bantuan Kewangan / Makanan Bulanan

  • Dokumen Utama
  • Salinan Borang Bancian Fakir / Miskin yang lengkap
  • Salinan Buku Akaun Bank Islam (kemasukan akaun)
  • Surat sokongan Pegawai Agihan Zakat daerah
  • Borang Agihan Zakat

Bantuan Perubatan

  • Dokumen Utama
  • Surat Sokongan daripada Badan Kebajikan Hospital / Pihak Hospital
  • Surat Pelepasan Sakit daripada Pihak Hospital atau Institusi Perubatan yang diiktiraf.
  • Dokumen Pengesahan Bertulis daripada Pihak Hospital Kerajaan, sekiranya perlu mendapat rawatan di Hospital Swasta
  • Maklumat tentang tempat rawatan yang pemohon hendak pergi untuk menjalankan rawatan Dialisis
  • Bil Rawatan / Sebutharga Peralatan (Jika berkaitan)
  • Gambar Sebagai Sokongan

Bantuan Pembinaan / Baik Pulih Rumah

  • Dokumen Utama
  • Gambar keadaan rumah semasa dan tapak cadangan
  • Salinan Hak Milik Tanah
  • Surat Perakuan kebenaran menduduki daripada tuan tanah (jika perlu)
  • Surat Akuan / Perjanjian daripada Pemilik Geran Tanah

Bantuan Sewa Rumah Fakir/Miskin

  • Dokumen Utama
  • Gambar Rumah Sewa
  • Surat Akuan Pemilik Rumah
  • Gambar Rumah Asal

Bantuan Kewangan / Makanan Bulanan

  • Dokumen Utama
  • Salinan Borang Bancian Fakir / Miskin yang lengkap
  • Salinan Buku Akaun Bank Islam (kemasukan akaun)
  • Surat sokongan Pegawai Agihan Zakat daerah
  • Borang Agihan Zakat

Permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan, hendaklah dihantar kepada pegawai-pegawai zakat kami di kaunter yang berada di seluruh Negeri Selangor untuk pertimbangan dan kelulusan. Sila rujuk cawangan LZS berhampiran anda.