Permohonan Untuk Bantuan Pendidikan

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, antaranya :

  • Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 3 (TIGA) tahun.
  • Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah).
  • Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

Prosedur mengisi borang permohonan

  • Borang permohonan mestilah diisi dengan HURUF BESAR
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan.
  • Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama bagi setiap permohonan iaitu :

    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
    • Salinan surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan)
    • Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dsb<
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan permohonan (senarai dokumen mengikut jenis bantuan)

  • Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapat pengesahan daripada Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK/ Ketua Penduduk/ Nazir Masjid/ Pengerusi Surau / Amil Zakat sahaja yang akan dipertimbangkan dan didaftarkan.

DOKUMEN SOKONGAN

Bantuan Umum Pelajaran

  • Dokumen utama
  • Salinan penyata gaji / pendapatan ibu bapa
  • Salinan passport dan visa
  • Salinan surat tawaran daripada IPTA / IPTS
  • Surat pengesahan dari Pejabat Bendahari IPTA/IPTS yang menyatakan pelajar tidak mendapat bantuan dari mana-mana badan/agensi.

(Hanya kepada pelajar tahun pertama dan luar kampus UPM, UiTM, UIAM, UKM, MMU dan UNITEN boleh memohon bantuan terus kepada LZS. Untuk pelajar tahun kedua dan pelajar pengajian sepenuh masa, mereka perlu memohon bantuan zakat di pejabat zakat universiti masing-masing )

Bantuan Tiket Pergi Balik

Pergi

  • Dokumen utama
  • Surat kebenaran cek kepada waris
  • Tiket Bas
  • Surat Pengesahan daripada kedutaan / persatuan pelajar

Balik

  • Dokumen utama
  • Surat Pengesahan daripada kedutaan / persatuan pelajar
  • Tiket asal
  • Salinan terjemahan keputusan peperiksaan (LULUS)