FAQ – Mullaf

Soalan Lazim Asnaf Muallaf

  • Melaksanakan fungsi yang sebelum ini dilaksanakan oleh pihak MAIS iaitu pengurusan kebajikan, perlindungan, pembangunan, pendidikan muallaf

  • Skopnya ialah pengurusan pendaftaran pengislaman muallaf, pengurusan jenazah muallaf mengikut skop tertentu, dan kes-kes mahkamah dan kes bantuan guaman berkaitan muallaf.

  • Pewartaan telah dibuat pada 16 Mac 2017 dan dikuatkuasa pada 1 April 2017

  • Seseorang itu perlu mengucap dua kalimah syahadah, serta faham maknanya, serta memahami komitmennya terhadap agama, juga perlu melalui prosedur ringkas iaitu mendapat penerangan ringkas, mengucap syahadah di hadapan dua saksi, mengisi borang tertentu bagi tujuan pendaftaran pengislaman.

    Untuk itu dia perlu berhubung atau datang ke tempat-tempat yang disenaraikan di bawah ini untuk mendapatkan penerangan dan mengucap syahadah, iaitu :

    a. Majlis Agama Islam Selangor; ibu pejabat (Bahagian Pendaftaran Muallaf) dan MAIS daerah-daerah (di Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah).

    b. Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO-i) dan masjid-masjid yang dilantik oleh pihak MAIS, termasuk masjid di dalam universiti tertentu. Sila rujuk Lampiran 1 (Senarai Pusat Pendaftaran Pengislaman). Pihak tersebut menjalankan peranan pengislaman dan membantu pendaftaran iaitu mengisi borang tertentu seterusnya menghantarnya ke Bahagian Pendaftaran, MAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah dan seterusnya mengisi buku pendaftaran pengislaman.

  • i. Boleh berhubung dengan Pusat Panggilan LZS (1-300-88-4343) untuk dapatkan panduan awal, atau

    ii. Datang ke ibu pejabat atau cawangan-cawangan LZS untuk mendapat penerangan serta membuat permohonan.

  • Sekiranya muallaf mempunyai masalah mereka boleh menghubungi talian berikut :
    i. Majlis Agama Islam Selangor, tel: 03-3361 4000, 55,56, 57 bagi masalah pendaftaran muallaf.
    ii. Lembaga Zakat Selangor, tel: 1-300-88-4343 (Pusat Panggilan) bagi masalah kebajikan, perlindungan, pendidikan, pembangunan muallaf .

  • Terdapat syarat-syarat utama bagi bantuan muallaf :

    1. Memeluk Islam di Selangor serta bermastautin di Selangor atau memeluk Islam di luar Selangor serta bermastautin di Selangor sekurang-kurang 1 tahun kecuali bagi kes-kes khas.
    2. Menghadiri Kelas Fardhu Ain Anjuran LZS Atau mana-mana Kelas Fardhu Ain yang diiktiraf oleh LZS/MAIS.
    3. Pengislaman Tahun 1 Hingga Tahun Ke 5 sahaja.
    4. Membuat pindaan status agama dalam Mykad (dalam 6 bulan selepas masuk Islam).

    Selain itu, terdapat syarat-syarat khusus yang berbeza mengikut jenis permohonan

  • Asnaf Muallaf boleh merujuk pada jadual Kelas Fardhu Ain Muallaf serta membuat pilihan tempat dan masa yang sesuai. Kelas tersebut disediakan oleh LZS di setiap daerah bagi membolehkan muallaf mendapat panduan setelah mereka memeluk islam. Jadual kelas boleh dimuaturun dari http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/kelas-fardhu-ain-muallaf/. (rujuk Lampiran2 : JADUAL KELAS FARDHU AIN MUALLAF 2017).

    Terdapat kelas bimbingan muallaf yang dijalankan dengan kerjasama NGO-i seperti :

    a. PERKIM bahagian Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,
    b. PERKIM cawangan Petaling di Masjid Seksyen 16, Petaling Jaya.
    c. PERKIM cawangan USJ 2, di Masjid Al Mukminun, Subang Jaya.
    d. Hidayah Centre, Taman Melawati.
    e. Islamic Outreach ABIM- Mosque Tourist Group di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

    Selain itu LZS juga menjalankan program Kursus Bimbinan Asas Muallaf yang diadakan pada setiap bulan di Akademi Muallaf Selangor.

  • Tempohnya ialah 5 tahun Pengislaman dari Tahun 1 Hingga Tahun Ke 5 sahaja.

  • i. Muallaf boleh rujuk ibu pejabat atau cawangan-cawangan LZS untuk menyatakan aduan kes dan mendapatkan panduan untuk tindakan seterusnya. Pihak ibu pejabat atau cawangan LZS akan merujuk kes tersebut ke pihak operasi agihan daerah bagi tindakan siasatan dan sokongan. Jika berkelayakan dan setelah melalui proses dan syarat tertentu pemohon akan ditempatkan di Baitul Salam (rumah perlindunan muallaf) yang terletak di Jalan Kebun Shah Alam.

  • Bagi muallaf yang telah melebihi tempoh 5 tahun LZS akan membuat bancian kepada mereka yang memerlukan bagi mengenalpasti status kelayakkan sebagai asnaf fakir miskin. Jika termasuk dalam status fakir atau miskin maka dia layak menerima bantuan seperti asnaf fakir miskin yang lain.

  • LZS telah menyediakan bantuan muallaf berdasarkan syarat dan kelayakan seperti berikut. Kelayakan bantuan bergantung kepada syarat-syarat tertentu mengikut jenis bantuan :

    1. Bantuan Sara Hidup Bulanan
    2. Bantuan Sewa Rumah
    3. Saguhati Perkahwinan
    4. Bantuan Perubatan Muallaf
    5. Bantuan Pendidikan
    6. Bantuan Pembinaan Rumah
    7. Bantuan Pembelian Rumah Kos Rendah
    8. Bantuan Baik Pulih Rumah
    9. Bantuan Pengurusan Jenazah
    10. Bantuan Modal Peniagaan
    11. Bantuan Berkhatan
    12. Bantuan Kecemasan Sara Diri
    13. Bantuan Gharimin (Hutang)
    14. Bantuan Fi Guaman

    Nota : Bantuan segera (ekspress) hanya akan diberikan untuk kes-kes kecemasan sahaja, sama seperti Fakir Miskin dan kadar pemberian adalah mengikut keperluan dan syarat LZS.

  • Muallaf tidak mendapat bantuan disebabkan oleh tiada permohonan dibuat, atau status permohonan tidak berjaya kerana tidak menepati syarat permohonan.

  • Ia disebabkan oleh:

    1. Maklumat perhubungan pemohon tidak tepat (seperti no telefon atau alamat)
    2. Maklumat akaun bank tidak tepat ( iaitu nama pada mykad atau pada passport dan nama dalam rekod akaun bank tidak diselenggara).
    1. Tiada bantuan khas dalam bentuk kewangan sempena pengislaman. (Bantuan ini pernah dilaksanakan sebelum 2016 tetapi dibatalkan selepas itu).
    2. Walaubagaimana pun asnaf yang baru memeluk Islam akan dibekalkan KIT (telekung, buku muallaf, Al-Quran terjemahan), dan Jadual Kelas Fardu Ain Muallaf (KFAM) mengikut kariah di mana asnaf tinggal.
    3. Bantuan lain termasuk bantuan segera akan dipertimbangkan mengikut keperluan pemohon setelah permohonan dibuat.
    1. Tidak, sebarang bantuan muallaf perlulah melalui proses permohonan terlebih dahulu. Walau bagaimana pun pegawai akan mengenalpasti keadaan muallaf yang disantuni serta jenis bantuan yang layak diperolehi seterusnya menasihati muallaf agar membuat permohonan.
    2. Permohonan perlu mengikut syarat kelayakan, antaranya ialah bukti komitmen muallaf ke Kelas Fardhu Ain Muallaf, berupa sokongan dari guru kelas fardhu ain muallaf, atau Eksekutif Operasi Agihan Daerah, atau dari agensi luar seperti masjid, NGO, atau orang perseorangan yang diiktiraf.
    1. Tidak, tidak disyaratkan hanya berdaftar di Selangor sahaja untuk layak memohon bantuan.
    2. Bahkan semua asnaf Muallaf yang berdaftar di Negeri Selangor, atau Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri juga layak memohon dengan syarat pemohon mestilah berstatus warganegara dan bermastautin di negeri Selangor, sekurang-kurangnya 1 tahun kecuali bagi kes-kes khas.
    1. Secara amnya asnaf muallaf yang berkelayakan boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke tempat-tempat tersebut. Walau bagaimana pun muallaf perlu merujuk terlebih dahulu kepada pegawai bagi tujuan rundingan dan panduan. Ini bagi memastikan pemilihan bidang, kadar yuran, universiti dan sebagainya dapat diuruskan dengan baik, juga bagi menyantuni muallaf yang telah buat keputusan belajar di sesuatu tempat sebelum beliau menganut Islam. Ini juga bagi meraikan hasrat melahirkan para daie dari kalngan muallaf melalui program pengajian sarjana dan kedoktoran.
    2. Buat masa ini LZS belum wujudkan senarai panel tempat pengajian bagi muallaf.
  • Rawatan muallaf diutamakan di hospital kerajaan kecuali bagi kes kecemasan setelah mendapat syor atau sokongan dari hospital kerajaan, atau bagi kes kecemasan yang perlu rawatan segera.

  • Pemohon boleh memohon bantuan modal jika memenuhi syarat. Walau bagaimana bantuan modal ditangguhkan buat sementara khasnya bagi tahun 2017 sehingga ke suatu masa yang akan dimaklumkan.

    1. Permohonan muallaf perlu mengikut syarat kelayakan, antaranya ialah terdapat bukti komitmen muallaf ke Kelas Fardhu Ain Muallaf, yang berupa sokongan dari :
      a) Guru kelas fardhu ain muallaf, atau
      b) Eksekutif Operasi Agihan Daerah, atau
      c) Agensi luar seperti masjid, badan bukan kerajaan (NGO), atau
      d) Orang perseorangan yang diiktiraf.
    2. Bagi kes baru masuk Islam di bawah tempoh 6 bulan, ia boleh dipertimbangkan bantuan walaupun belum menghadiri kelas fardhu ain.
    3. Sementara bagi kes penyambungan bantuan syarat kehadiran ke kelas fardhu ain perlu dipatuhi.
  • Bagi individu yang di bawah umur ( 18 tahun ke bawah), bantuan kewangan bulanan akan dibayar melalui ketua keluarga (atau kepada penjaga Islam jika tiada ketua keluarga), sementara bagi pasangan pula, bantuan kewangan bulanan akan dibayar terus kepada pasangan secara individu.

  • Ada, bantuan tersebut berbentuk yuran pengajian bagi pengajian sekolah rendah (Tiada bantuan wang saku). Bagi tujuan bayaran ia perlukan bil dari pihak sekolah untuk sekolah rendah.

    Keutamaan pengajian adalah di sekolah kerajaan. Bagi kes pengajian di sekolah swasta, ia perlu mendapat pertimbangan pegawai terlebih dahulu.

  • Setiap kematian muallaf perlulah dilaporkan kepada pihak LZS samada ibu pejabat atau cawangan untuk tindakan seterusnya. (Ibu pejabat dan cawangan akan salurkan maklumat kepada pihak operasi agihan daerah bagi tindakan lanjut). Ianya akan diuruskan bersama LZS dan MAIS mengikut skop masing-masing.

    Bayaran kos pengurusan jenazah adalah melalui tuntutan. Hanya satu pihak sahaja yang akan membuat tuntutan tersebut, samada oleh pihak hospital atau masjid atau surau. Bagi kes biasa kadarnya tidak melebihi RM1,500. Bagi kes luar biasa ia perlukan kelulusan khas untuk kadar melebihi RM1,500.

  • Ada. GL diberi bagi bantuan melibatkan kebajikan, dan pendidikan.

    i. Kebajikan : Bantuan GL diberikan kepada bantuan perubatan yang melibatkan :
    a) Pembelian peralatan perubatan,
    b) Pembedahan,
    c) Dialisis,
    d) Perkhidmatan ambulan.

    Nota : bukan warganegara boleh dipertimbangkan menerima bantuan ini.

    Pendidikan : GL akan diberikan kepada permohonan Bantuan Umum Pelajaran melibatkan bayaran yuran kepada IPTA/IPTAS/institusi.