FAQ – Kutipan Zakat Perniagaan

Soalan Lazim Kutipan

PENDAPATANSAHAMEMAS/PERAKSIMPANANPERNIAGAANKWSPHUTANGGABUNGAN NISAB EMASTAKAFULZAKAT DAN CUKAI

  • Zakat yang diwajibkan ke atas aset perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, carigali, peruncitan, perdagangan import/eksport perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan, perbankan kewangan dan sebagainya.

    Perniagaan tersebut sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan pelbagai bentuk syarikat, koperasi dan sebagainya. Perniagaan tersebut merangkumi pemilikan swasta atau kerajaan.

  • Syarat umum wajib zakat ada lima iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Namun dalam satu-satu jenis zakat kadangkala terdapat syarat wajib ditambah dan begitu juga dengan zakat perniagaan. Oleh itu seorang peniaga diwajibkan membayar zakat perniagaan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

    1-Islam
    2-Merdeka
    3-Modal perniagaan yang halal dan begitu juga aktivitinya
    4-Genap haul yang dikira dari tarikh perniagaan dimulakan hingga genap setahun perniagaan
    5-Cukup nisab pada akhir haul (tahun)
    6-Menjalankan perniagaan
    7-Milik sempurna dan boleh melakukan tasarruf[1]
    8-Niat (bermaksud) untuk berniaga

  • Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
    “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
    (Surah al-Baqarah ayat 267)

    Hadis Nabi S.A.W. sebagaimana dinyatakan oleh Samurah R.A. yang bermaksud:

    “Maka sesungguhnya, Rasulullah S.A.W. menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta yang kami sediakan untuk dijual…”
    (Riwayat Abu Daud)

  • Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
    “Dan tidak boleh dicampur ternakan yang telah terpisah. Begitu juga tidak boleh dipisah-pisahkan ternakan yang telah bercampur disebabkan takut mengeluarkan zakat. Adapun bagi dua orang yang bercampur ternakannya, hendaklah di selesaikan (zakat) berdasarkan nisbah.
    (Riwayat al-Bukhari)

    Dalil tersebut menunjukkan bahawa semua jenis perniagaan orang Islam wajib dikeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.
    Terdapat pelbagai jenis pemilikan perniagaan yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pengeluaran dan pengagihan barang-barang dan perkhidmatan iaitu:
    1-Perniagaan persendirian (tunggal)
    2-Perniagaan secara perkongsian
    3-Perniagaan syarikat
    4-Koperasi

  • Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

    1. Kaedah Modal Berkembang (Growth Capital)
      Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan.Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa + /- Pelarasan = Harga Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
    2. Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital)
      Ia mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan, ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenal pasti perlu ditambah atau membuat tolakan.Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harga Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
  • Harus kedua-duanya. Tetapi digalakkan menggunakan mata wang. Ini adalah berdasarkan Riwayat Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. berkata kepada al-Hammas yang bermaksud:

    “Keluarkanlah zakat hartamu.” Hammas menjawab : Aku hanya memiliki beberapa guni kulit.” Baginda menjawab: “Kirakan nilainya kemudian keluarkanlah zakat (dari barangan tersebut). Zakat juga harus dikeluarkan dalam bentuk barangan (mata benda) dari jenis harta yang diperniagakan.”
    (Riwayat Imam Ahmad)

  • Zakat telah ditentukan kewajipannya oleh Allah S.W.T. sedangkan cukai ditentukan oleh pemerintah (kerajaan).

  • Asas zakat perniagaan bukan atas keuntungan (jualan tolak kos belian) tetapi ialah nilai barang perniagaan pada hujung haul perniagaan. Ini berdasarkan mafhum sebuah hadis iaitu :

    Daripada Samurah bin Jundub :

    كانَ رسول ُاللَّه ِصلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يأمُرُناأن نُخْرِجَ الصَّدقةَ من الَّذي نعدُّهُ للبيعِ

    (رواه ابوداود و دارقطني)  

    “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual.”

    (Riwayat Abu Daud dan Daruqutni)

  • Wajib, ini kerana “kerugian” adalah satu situasi dalam perniagaan atau sebarang usaha ekonomi dimana pulangan yang diterima adalah kurang daripada kos (kewangan dan masa) yang dilaburkan. Akan tetapi secara umum fiqh zakat tidak hanya memandang kepada keuntungan atau kerugian sebagai asas, tetapi turut melihat kepada nilai harta perniagaan seseorang pada masa hujung haul.

    Contohnya Pak Abu memiliki harta perniagaan bernilai RM50,000 namun mengalami kerugian RM10,000 dalam satu urusniaga sebab beliau ditipu. Pada hujung haul, nilai harta perniagaan beliau adalah RM35,000 (melebihi nisab). Oleh itu kiraan zakat perniagaan beliau adalah RM 35,000 darab 2.5%.

    Dalam contoh yang lain, katakan seorang petani memiliki beberapa bidang sawah padi yang hampir masak. Menurut kebiasaan, dia boleh mendapatkan hasil tuaian padi sekitar 10 tan daripada tanah sawahnya. Tetapi pada musim menuai ini, berlaku banjir yang menggelamkan separuh daripada tanah sawahnya. Oleh itu pada musim ini, petani tersebut hanya mendapat hasil sebanyak 4 tan sahaja, dimana beliau kerugian sekitar 6 tan hasil padi yang sudah hampir masak. Akan tetapi petani tersebut tetap wajib menunaikan zakat padi kerana hasil tuaiannya melebihi nisab zakat padi iaitu 1.306 tan.

    Walaubagaimanapun,jika perniagaan sesorang itu mendapat keuntungan pada tahun itu tetapi disebabkan harta perniagaan itu tidak mencapai nisab maka tidak diwajibkan zakat.

    Dalil dan hujah mengeluarkan zakat perniagaan adalah seperti berikut :

    i. Al Quran
    Firman Allah SWT :

    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الأرْضِ ۖ

    وَلاَ تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلاَّ أَن تُغْمِضُوا فِيهِ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ

    اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ.}

    Maksudnya :
    “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”

    (Surah al-Baqarah ayat 267)

    ii. Hadis
    Daripada Samurah bin Jundub :

    كانَ رسول ُاللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم َيأمُرُنا أن نُخْرِج َالصَّدقة َمن الَّذي نعدُّهُ للبيعِ

    (رواهابوداودودارقطني)

    Maksudnya :

    “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual”

    iii. Athar
    Daripada Abu‘Amru ibn Hammas daripada bapanya, ia berkata:

    “Dia menjual kulit dan bekas panah dari kulit. Kemudian Umar ibn al-Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Apakah engkau keluarkan zakat hartamu?” Aku menjawab: “Ya Amirul Mukminin,sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “Taksirlah kemudian keluarkan zakatnya”

 


Lihat penerangan lanjut tentang zakat dalam bentuk video:
Memahami Zakat Perniagaan