FAQ – Agihan Zakat

Soalan Lazim Agihan Zakat

  • Orang tua, OKU dan ibu tunggal bukan ciri-ciri penerima zakat, sebagaimana dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka layak menerima zakat jika sekiranya tergolong sebagai fakir atau miskin. Akan tetapi jika mereka mempunyai harta atau pendapatan, atau mempunyai waris/keluarga yang mampu menampung keperluan asasi mereka, maka tidak layak menerima zakat.

  • Tidak, kecuali jika ibu/ bapa/ penjaga tergolong dalam golongan fakir atau miskin.

  • Tidak, bantuan yang diterima hanya bersifat sementara dan tidak boleh diwarisi kecuali jika berlaku kematian suami, maka penama tersebut boleh ditukar kepada nama isteri.

  • Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seseorang pemohon yang layak adalah berbeza mengikut jenis bantuan dan kadar yang ditetapkan.

  • Ya boleh, tetapi tertakluk kepada syarat dan kelayakan pemohon.

  • Ya, sebagai contoh bantuan umum pelajaran dalam asnaf Fisabilillah, bantuan rawatan dalam Asnaf Gharimin dan lain-lain bantuan degan syarat memenuhi kriteria dan kelayakan.

  • Ya, permohonan tersebut boleh dipertimbangkan berdasarkan syarat dan kelayakan.

  • Para fuqaha telah berittifaq bahawa zakat perlu diagihkan kepada fakir miskin bagi memenuhi keperluan asasi kehidupan mereka. Keperluan asasi fakir dan miskin yang perlu dipenuhi menurut pandangan syarak dalah: perlindungan, makan, kesihatan, pakaian, pengangkutan dan pendidikan. Perkara-perkara asas ini diistilahkan oleh ulama sebagai ‘ad-Dharuriyyah’.

    Pendidikan adalah termasuk salah satu keperluan asasi Had Kifayah yang diambil kira dalam pemberian zakat kepada fakir dan miskin. Keperluan asasi pendidikan ini merangkumi pendidikan keseluruhan ahli keluarga fakir miskin termasuk anak-anak dan tanggungan mereka.

    Oleh kerana ad-Dharuriyyah adalah asas yang diletakkan oleh syarak dalam pemberian zakat, maka pendidikan yang perlu dibiayai oleh dana zakat adalah keperluan pendidikan yang asasi sahaja untuk fakir dan miskin. Pendidikan asasi bagi seseorang itu adalah pendidikan yang bermula dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan di peringkat ijazah sahaja.

    Adapun pengajian di peringkat sarjana/ijazah kedoktoran atau ‘pasca siswazah’ adalah dianggap sebagai tahsiniyyah tanpa menafikan kepentingan menyambung pengajian di peringkat tersebut.

  • Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat terlebih dahulu pandangan para ulama tentang tanggungjawab nafkah ibubapa kepada anak-anak. Secara umumnya, Islam meletakkan tanggungjawab nafkah anak ke atas bahu ibu bapa mereka. Firman Allah SWT bermaksud:

    “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh, jika mereka ingin menyempurnakan penyusuan. Dan menjadi kewajipan ke atas bapa untuk memberikan (nafkah) makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang baik.” (al-Baqarah :233)

    Imam al-Mawardi menyebutkan, walaupun ayat ini hanya menyebutkan bahawa ibu yang menyusukan anak wajib diberi nafkahnya oleh bapa, akan tetapi ia juga bermaksud bahawa nafkah anak juga adalah wajib ditanggung oleh bapanya, bahkan ia lebih utama. Ulama sepakat bahawa selagi anak masih kecil, maka ibu bapa wajib menanggung nafkahnya.

    Walau bagaimanapun, mereka khilaf, setakat manakah kewajipan nafkah tersebut perlu dilaksanakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka? Adakah sehingga mereka akil baligh, atau sehingga mereka dewasa? Atau sehingga mereka berkahwin.

    Fuqaha khilaf dalam masalah ini kepada dua pendapat :

    1. Jumhur (Maliki, Hanafi , Hambali & salah satu pendapat as-Syafi iyyah) – Bagi anak lelaki, kewajipan nafkah ibu bapa gugur apabila anak telah mencapai umur dewasa dan mampu bekerja untuk mencari nafkah sendiri serta sudah tidak bergantung kepada ibu bapanya. Adapun bagi anak perempuan, kewajipan nafkah tidak gugur selagi ia belum berkahwin, walaupun anak perempuan mempunyai pekerjaan dan mampu menyara diri sendiri. Kewajipan nafkah ke atasnya gugur hanya apabila ia berkahwin.
    2. Pendapat paling asoh dalam Mazhab Syafie. Tanggungjawab nafkah gugur apabila anak sudah mencapai umur baligh, tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan. Pendapat yang paling rajih adalah pendapat jumhur.

    Kesimpulannya, walaupun terdapat dua pendapat, namun kedua-duanya memberi maksud bahawa kewajipan nafkah ibu bapa kepada anak adalah bukan selama-lamanya. Ia berakhir apabila anak telah mencapai suatu tempoh atau tahap tertentu.

    Oleh itu, jika anak asnaf telah memiliki ijazah dan layak bekerja, maka ia wajib untuk mencari pekerjaan bagi membantu ibu bapanya yang miskin. Anak-anak asnaf tersebut tidak boleh dianggap sebagai fakir dan miskin walaupun ibu bapanya fakir atau miskin. Bahkan jika anak itu bekerja dan memiliki harta dan kekayaan, ia wajib memberi nafkah kepada ibu bapanya yag miskin atau tiada harta dan pekerjaan.
    Ibnu Munzir meriwayatkan dalam kitab al-Mughni: “Telah Ijma ahli-ahli ilmu bahawa nafkah ibubapa yang fakir dan tiada pekerjaan atau harta adalah menjadi tanggungjawab anak-anaknya.”

    Tidak sepatutnya anak mendapatkan peruntukan asnaf fakir dan miskin untuk membiayai keperluan hidupnya (termasuk belajar) kerana kemiskinan ibu bapanya. Namun, jika anak tersebut telah bekerja, tetapi dalam masa yang sama ingin menyambung pengajian yang lebih tinggi, ia boleh memohon bantuan zakat di bawah asnaf fi sabilillah sekiranya cukup syarat-syarat.

  • LZS menggunakan pelbagai medium dan mendapatkan kerjasama pelbagai pihak bagi menangani masalah ini dan mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan:

    1. Mengadakan bancian setiap tiga tahun sekali dan semakan semula pada setiap tahun.
    2. Menggunakan garis penentuan fakir miskin iaitu had al-kifayah.
    3. Mendapatkan kerjasama pihak yang hampir dan mengenali penduduk iaitu dari kalangan penghulu mukim, ketua kampung, pengerusi jawatankuasa penduduk, JKKK dan Jawatankuasa Masjid.
    4. Mendapatkan maklumat dari pihak sekolah, mendapatkan maklumat daripada NGO, orang persendirian, media dan sebagainya.
    5. Mendapat kerjasama daripada lebih 1,500 orang penolong amil kariah yang terdiri daripada jawatankuasa masjid dan surau untuk menyampaikan maklumat mereka yang berada di dalam kesusahan kepada LZS.
    6. Menyediakan 24 kaunter zakat di seluruh Selangor untuk memudahkan urusan permohonan bantuan. LZS juga menyediakan kaunter bergerak untuk memudahkan urusan mereka yang berada jauh dari lokasi kaunter zakat.
    7. Menyediakan perkhidmatan talian khidmat pelanggan 03-5522 7777 dan talian tol percuma 1 800 88 5353 untuk masyarakat menyampaikan maklumat berkaitan kemiskinan dan pertanyaan berkaitan permohonan yang dipohon.
  • Kriteria yang melayakkan mereka sebagai asnaf fakir dan miskin ialah:

    1. Menepati takrifan asnaf fakir atau miskin
    2. Pendapatan isi rumah melebihi Had Al-Kifayah sebagaimana yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Selangor.
    3. Menepati Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat serta Pekeliling yang dikeluarkan oleh LZS.
    1. Agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor hanyalah untuk lapan asnaf yang wajib yang telah tertulis di dalam al-Quran. LZS tidak mengagihkan zakat kepada mereka yang bukan asnaf zakat.
    2. Semua agihan zakat di Selangor adalah mengikut Fatwa yang telah diluluskan dan dipantau oleh Jawatankuasa Agihan untuk memastikan ketelusan agihan zakat.
    3. Setiap jenis bantuan yang disalurkan dibuat kajian keberkesanannya bagi memastikan penambahbaikan bantuan dari masa ke semasa terutamanya.
    4. Setiap bantuan agihan zakat yang akan diberikan mempunyai peringkat kelulusan pelbagai pihak bagi memastikan ianya telus.
    5. Sentiasa mengemaskini dan melakukan penambahbaikan terhadap proses penyaluran bantuan dari semasa ke semasa, bagi memastikan kecekapan pengurusan agihan zakat.
    6. Pengauditan meliputi Audit Dalaman LZS (MAIS), Audit Kualiti Dalaman LZS (MAIS), Audit Kualiti SIRIM, Audit Syarikat/Profesional, Audit Dalaman MAIS dan Audit Negara
  • Kemiskinan tidak dapat dihapuskan tetapi dapat dikurangkan. Ia sentiasa ada dan tidak boleh dibasmi. Ini kerana kemiskinan juga berpunca daripada musibah seperti sakit, kehilangan pekerjaan, bencana alam dan sebagainya. Inilah antara punca kemiskinan sentiasa ada. Di sini LZS berperanan untuk membantu mereka sebaik mungkin. Disamping itu LZS turut memerlukan kerjasama institusi keluarga itu sendiri, masyarakat dan agensi lain dalam menjayakan usaha ini.

    1. Bantuan zakat adalah bersifat sementara dan membantu meringankan bebanan penerima. Di masa yang sama mereka juga perlu berusaha membangunkan diri mereka.
    2. Ia bukanlah pendapatan dan penerima perlu berusaha berdikari untuk mengubah kehidupan.
    3. Peranan zakat amat luas. Wang zakat yang diagihkan bukanlah semata-mata bertujuan untuk menangani kemiskinan tetapi turut diagihkan kepada asnaf yang lain seperti asnaf mualaf, fisabililah, gharimin, ibnu sabil dan amil. Zakat juga berperanan membangunkan institusi masjid, surau dan institusi pendidikan (sekolah kafa, pembiayaan buku teks, elaun guru kafa), juga berperanan membantu pesakit kronik terutamanya mereka yang berhadapan dengan dialisis, kanser dan sakit jantung. Zakat juga berperanan membantu pembiayaan Badan-badan Dakwah, NGO, rumah anak yatim, rumah pesakit aids, pusat permulihan dadah dan sebagainya.
  • Hutang pengajian tersebut perlu dijelaskan melalui pendapatan bulanan yang diperolehi. Bantuan zakat tidak dapat disalurkan dalam kes seperti ini kerana hutang pengajian tersebut wajib dibayar secara beransur-ansur bukan sekali gus. Ini bererti anda tidaklah berada dalam keadaan yang terlalu mendesak.

  • Institusi zakat adalah badan yang diamanahkan untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Amanah ini perlu dilaksanakan dengan baik kerana ia akan dipersoalkan nanti di akhirat. Kewaspadaan mesti diberi keutamaan dalam mengurus dana zakat. Pengagihan yang dibuat mestilah tepat pada sasarannya (asnaf). Bagi memastikan pemohon benar-benar tepat keasnafannya maka perlulah satu pembuktian. Jadi dengan mengisi borang dan menyediakan dokumen sokongan dapat menterjemahkan segala persoalan tadi dan melalui cara ini pengagihan zakat kepada asnaf adalah lebih teratur untuk dokumentasi. Perlu ditegaskan bahawa mengisi dokumen adalah sebahagian dari prosiding dan ia tidak haram mengikut Islam.

Tiada jawapan ditemui ?

Sekiranya tiada jawapan pada persoalan anda dari senarai, anda boleh hubungi kami. Sila lengkapkan borang di bawah, kami akan beri maklumbalas dalam masa 24 jam (hari bekerja)

Nama anda (wajib)

Emel (wajib)

Nombor Telefon

Kategori

Subjek

Kandungan mesej