Tawaran Dermasiswa Zakat dan Dermasiswa Khas Menteri Besar Selangor


 SYARAT AM

Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.


 DERMASISWA YANG DITAWARKAN

Pengajian Bahasa Arab (Mesir)

Takhasus Qiraat (Mesir)

Ulum Islamiah (Mesir)

Pengajian Islam / Bahasa Arab / Perbankkan Islam (Jordan)


 DOWNLOAD BORANG

Borang Download Dermasiswa Khas Zakat

Sila Download borang Dermasiswa Khas Zakat di bawah. Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum : STAM (9 Februari 2018). SPM (14 hari dari tarikh keputusan SPM dikeluarkan).

Download Borang Biasiswa Mesir 2018

Download Borang Biasiswa Jordan 2018


 CARA MEMOHON DERMASISWA KHAS

  • Muatturun borang dari pautan yang disediakan.
  • Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
  • Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2018/2019 sahaja akan diproses.
  • Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga.
  • Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  • Tarikh Tutup Permohonan: STAM (9 Februari 2018). SPM (14 hari dari tarikh keputusan SPM dikeluarkan)
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
  • Unit Pengajian Tinggi,Bahagian Pendidikan Islam,
    Jabatan Agama Islam Selangor,
    Tingkat 3, Menara Utara,
    Bangunan Sultan Idris Shah,
    No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
    40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.


IKLAN DERMASISWA

biasiswamenteribesar