Cara Mengisi Borang Agihan Zakat

Syarat Asas Permohonan

Setiap permohonan agihan zakat di LZS perlu mematuhi syarat-syarat asas ini :

  • Beragama Islam.
  • Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 3 (TIGA) tahun.
  • Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah).

Agihan Zakat Umum

Prosedur mengisi borang permohonan agihan zakat umum :

  • Mengisi Borang Bantuan Agihan Zakat.
  • Mengisi Borang Maklumat Peribadi Fakir Miskin (Bagi asnaf fakir miskin).
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan.
  • Dokumen utama tersebut perlu disertakan dengan maklumat berikut :

    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
    • Salinan kad kahwin / surat cerai / sijil kematian suami / isteri
    • Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dan sebagainya
  • Dokumen sokongan yang berkaitan dengan permohonan jenis agihan yang dipohon. Contohnya surat pengesahan doktor, bil rawatan, sebutharga peralatan, surat perakuan dan sebagainya.
  • Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu mendapat pengesahan oleh Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Ketua Penduduk / Nazir Masjid / Pengerusi Surau / Pegawai Kerajaan Gred A dan Amil Zakat.

Agihan Zakat Pendidikan

Prosedur mengisi borang permohonan agihan zakat pendidikan :

  • Mengisi Borang Bantuan Agihan Zakat.
  • Mengisi borang Borang Pengesahan Sekolah Rendah/Menengah (untuk asnaf fakir miskin).
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga (bagi sekolah rendah/menengah) dan pelajar (bagi pelajar IPT).
  • Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bantuan pendidikan umum :

    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan penyata gaji / pendapatan ibu bapa
    • Surat pengesahan dari IPTA/IPTS yang menyatakan status tajaan pelajar
  • Bagi bantuan untuk anak-anak fakir miskin di IPT, mereka wajib menghantar salinan slip peperiksaan setiap semester bagi mendapatkan agihan sepanjang pengajian mereka.
  • Bagi bantuan pendidikan umum, hanya kepada pelajar tahun pertama dan luar kampus UPM, UiTM, UIAM, UKM, MMU dan UNITEN boleh memohon bantuan terus kepada LZS. Untuk pelajar tahun kedua dan pelajar pengajian sepenuh masa, mereka perlu memohon bantuan zakat di pejabat zakat universiti masing-masing.

Agihan Kaunter Express

Prosedur mengisi borang permohonan agihan Kaunter Express :